Monday 31 March 2014

OAT CHOCHO dah jadi fenomena???nak beli? order sini



           Terus kepada tajuk ye.Hmm sape dah pernah makan biskut ni?? hehe best tak?? best kan? actually mazs tataw la plak sebenarnye banyak da blogger post pasal biskut ni. mazs tataw plak da jadi fenomena. sbb bulan Februari haritu ade attend wedding kawan n Oat choco ni ade didalam goodies yang Mazs dapat. Mule2 makan terus cam ternganga sedap sangat kan.sebab Mazs mmg minat benda cam nestum ni. pastu adik tengok n  dy cakap kat sekolah dia ada jual.hari-hari dy beli.  terkejut la kakaknye ni kan. so Mazs sangka yg oat choco ni dah lama la dipasaran n mazs je yang lambat menyedari. rupanya2 selepas dari peristiwa itu banyak la yang share pasal Oat choco ni samada di FB atau di blog tak kurang juga di instagram. maknanya baru lagi la kan Oat choco ni di pasaran kan?? 

          Pastu kebanyakan yang post plak mesti captionnye berbunyi begini. " best la biskut ni. ade sesape tahu jual kat mana??" hehe. n kebanyakan yg Mazs jumpe mesti bagitaw dorang dpt biskut ni after attend walimah sesorang.. ohhh ingatkan mazs sorang je camni.ramai rupanya senasib ngn Mazs.hehe

          So, tadi tergoogle la sekejap n terjodoh dengan http://rosedelightshop.blogspot.com/

         So ini berita baek untuk uols laa akak ni ade jual oatchoco ni. sesape yang tak tahu nak beli kat mana order je ngan akak ni. tak payah susah fikir nak pegi kedai kat jalan belah mana. tak payah susah-susah isi minyak kereta, tak payah susah-susah bersiap cari kedai. semuanya dihujung jari. Akak ni jugak jual macam-macam. selamat bersopim ye korang.. untuk Oatchoco ni mazs da try due jenis flavor ni. yang oat & wheat lagi sedap bagi mazs. due2 pon sedap. tapi yang ni lebih sikit bagi mazs. bagi korang mazs tataw la. bagi mazs jugak tak manis tak tawar.sedang elok je. adik mazs plak cakap sedap sebab tawar tapi umi mazs cakap 'manih leting ' .. so terpulang citarasa anda ye.. rambut tak sama hitam lidah lain-lain. pon boleyyyy.hahahaha


klik link untuk info


Baiklah itu aje untuk kali ni. eh Mazs gitaw je uols.mazs tak order pon dengan akak ni sebabbb sebabbb Mazs taw nak beli kat mana Oat choco ni.hehe. bagi yang berada di Kelantan. apekata ke PASAR BESAR SITI KHADIJAH atau RTC KELANTAN . rajin pusing-pusing mesti jumpe. nak harga murah sila ke RTC ye.. mazs selalu ke RTC kelantan setiap hujung minggu sebab umi selalu beli stok bahan mentah di situ.. murah hoiiii lebih-lebih lagi kalau untuk borong. percayala memang heaven la.. tapi jangan la pegi tempat pemborongan ikan ayam ke sayur or landskap. pergi kawasan runcit dan pelbagai, murah beli sepaket tu.. berapa harganya tak boleh bagitaw. pssst kena pegi dulu. hehehe.. untuk negeri laen Mazs tataw la kat mana, jadi order sahaja dgn akak tu ye..

till we meet again. gudnyte

p/s:teruskanberdoa#mh370

nak order ini? sila ke page or instashop SURISCLOSET ;)


Thursday 20 March 2014

cara aku hilangkan amarah!haaa marah ni,grrrr

Sebenarnya mood tak berapa baik ni. rasa tersangatlah nak membahasakan "aku" . rasa macam lagi senang nak bercakap tapi macam tak best la plak. so kekal Mazs la yer walaupon nak marah. . tak nak la cakap sebab musabab angin tapi nak tanya la korang ape korang buat kalau korang tiber-tiber angin dan marah,

Kalau Mazs bila nak marah mesti terus nak menanges. entahla kenapa macam tu. kalau marah berapi lagi la air mata lebat menggila kau turun. haa terus nampak kelemahan disitu. agaknya sbb Mazs minum air masak berbotol2 sehari tu pasal banyak air yang keluar.hahaha. sangat berasas teori ni taw. :p

disebabkan mood tak berapa baik ,rajin la cket nak menulis kat blog supaya tak termpiaskan amarah ini dgn mengadu kepada sesiapa atau terpost di fb atau wechat dan sebagainya.
Mazs bila nak marah,terus masuk  bilik bukak laptop. tengok movie atau denga lagu jiwang. tapi bukanlah tengok full movie.tengok skip-skip aje. citer yg berjam-jam tu Mazs tengok 15 minit aje. biasanya Mazs tahu dah part mana yg best. antara movie yang Mazs layan tym nak marah + sedih.

(1) Playful kiss special edition. 

              haa episod special edition ni sekejap je kan, bila tengok part kelakar mesti tergelak,pastu berangan sensorang. bila part sedih terus sendu-sendu,paling best episod yang gambar atas ni sebab ia menceritakan bagaimana Oh Ha Ni bekorban untuk suaminya tetapi suaminya asik marah dia.isyh tengok sendiri la.maafla tak jumpa gambar laen utk scene kat hospital ni. ini je yang jumpe. mohon jangan pikir bebukan.huuuu. setakat ni drama Korea yg paling win kat hati Mazs citer ni ar. sesape yang kenal Mazs, Mazs spesis yang payah layan cerita. samada movie or drama. kecuali citer kelakar tahap gelak senak perut mcm Running Man. eh tu drama ke,hehe.ahh pape la. Back to Playful Kiss memula tengok citer rasa macam apedaa heroin tak cantik langsung. bila tengok lama-lama terberangan pulak nak muka comel mcm heroin tu.Oh Ha Ni comel giler kot.pastu hati kering. jalan cerita dy menarik and mazs rasa macam ada kena mengena dengan Mazs sbb tu Mazs nengok + kelakar.


(2) Film Hindustan
             Yang ni tak yah citer. cakap tak layan movie kan tapi Hum Saath Saath Hain, Kabhi Khusi Khabi Gham, Kuch Kuch Hota Hai, Kaho Na Pyar Hai, Baadshah, Faana ,Dilwale Dulhania Le Jayenge, Chori Chori Chupke Chupke, Main Hoon Na. Mujhse Dosti Karoge, Mohabbatien. semua ni dok nengok sokmo la.
           Haa amek korang. ni feveret movie Mazs. tak caya leh open hardisk. movie malay,english,korea dan lain-lain takdop. movie ni hado sebab minat sangat. kalau 10 kali tayang kat tv.10 kali la mazs tengok macam tak pernah tengok.pastu ley sendu-sendu lagi,hahaha. Actually Mazs peminat no1 Kajol and Shah rukh khan. sampai sekarang frust nape dorang tak kahwin. bila tengok scene romantic, sweet2 dorang. mesti Mazs akan pause n ulang balik.hahaha. gila kan? bila tengok ni mesti lupa jap amarah tadi tapi kalo tengah bersedih Mazs akan cari part sedih. pastu sambung sendu lagi. hahaha. tapi yang paling best tentang hidustan ni lagu dia best kan?? tak dinafikan betol tak? Mazs siap hafal kot.hahaha. tapi yang best memang best tapi yang sakit telinga dengor pon ade belambak,hehehe.

(3) Running Man. 
          *tber gambar Kim Jong kook. maaf tengok running man sebab nak tengok dy aje. haha.eh bukan.Act tengok RM dengan niat nak hilangkan amarah dan sendu. so boley ar layan sebab gelak-gelak takde adegan sendu. kalau marah tapi sambil nanges Mazs jarang layan running man sebab rasa macam tak feel.hahaha. tapi kalau datang perangai tak berapa nak betol, Mazs ulang balik dan cari episod kelakar pecah perut. hahaha. 

          so amacam, bagaimana cara korang hilangkan amarah korang. haaa jangun gaduh-gaduh kutuk Mazs plak. nak cakap tak ikot islamic style la ape la.tak dapat pahala semua ni. pffft. ada aku kesah???hahaha. ok2! Mazs kesah sebenarnya.  semua aktiviti diatas ni waktu siang taw.kalau malam camni pulak
 

-
-
-
kalau marah plus sedih sangat2. Mazs akan ambil wudu' dan solat sunat ke solat hajat kemudian sujud lama-lama. kemudian mengaji. surah yang selalu dibaca sewaktu mazs sedih ialah surah yassin, surah al-insyirah, 3 Qul . ini surah wajib. yer mazs tak baca surah panjang yang lain-lain macam korang. tapi dah terbiasa amalkan yang ni. kemudian berdoa lama-lama. kalau mengantuk mazs terus tido. tapi kalau tak mengantuk mesti la buat sesuatu mcm menulis diblog, online atau chat dengan sesiapa yang rasa boleh go. yang cannot go. awal-awal reject. hahaha. errr engat kelakar? engat kelakar?? k.fineee

and jangan lupa amalkan doa ni taw


notaMazs:sebaiksahajasiapentryiniamarahponreda.


Wednesday 19 March 2014

GOOD LUCK 2 MY LOVELY STUDENTS

                                          

            Sempena esoknye hari keluar result SPM yg bersejarah.*tiber tanpa mukaddimah terskema. haha. ok sambung balik Mazs nak ucapkan bittaufiq wannajah to all 2013 ESPEYEMM CANDIDATES especially my lovely dolly estechno students. 
 
            Walaupon kita kenal sekejap..walaupon saya takdelah close dgn semua orang tapi mengenali kalian adalah suatu kenangan yg terinadah didalam kalangan kenangan terpahit taim praktikal.haha. ahh korang pon tahu kan betapa Mazs tak suka praktikal sekolah tu.hahaha. walaupon ada pelbagai sindiran yg cakap sy ni entah pape close dgn korang. dengki bagai la. ahh Ada Aku Kesah??? hahaha. 

            Bukan buat benda salah pon. nasib korang jugakla dapat cikgu ting tong cenggini, banyak jugak la benda kita semua buat bersama. but i really wish to hev an "usrah" dengan korang. pengisian bermanfaat tapi sempoi but i dunno how to make it real.. sebab sesuatu yg mencabar nak menarik anak muda kpd sesuatu yg bermanfaat sb taim muda-muda ni darah tenga panas bak angg so memang la kena bersabar dlm mentarbiah. korang tak baca ni.. tapi ustazah nak korang tahu, Kita rapat-rapat jugak tapi biar berbatas. bersilaturrahim tidak ada salahnya asalkan hukum kamu letakkan dihadapan. jangan terlampau lalai sebab kita tidak tahu apakah kita akan mampu melalui proses hidup yang panjang atau esoknya jugak Allah memanggil kita. Wallahu Taala A'lam..

          ok berbalik kepada tajuk. ada beberapa students yg saya target akan dapat best result.tapi saya taknak mention sape-sape. saya doakan yg terbaek, saya taw ada students yg rapat dgn saya dok text n bagitaw dy cuak la nerves la ape la.hehehe. ye sayang-sayang. Ustazah mu ini faham. saya pon pernah melalui proses yg sama. apa jua keputusannye nanti redhalah ye kerana Allah telah memberikan setimpal dengan apa yang kamu usahakan. kamu sudah berusaha. berdoa maka Tawakkal lah kamu keatasNYA. perjalanan hidup masih panjang. jika gagal ketika ini. ambillah ia sebagai pengajaran. jika kamu berjaya sujud syukurlah kerana ALLAH jua yg berkuasa yg berkehendakkan keatas apa yang kamu beroleh itu. 

Pesanan ini juga untuk adikku.. hehe. adik Mazs pon ade jugak yg esok nak amek result tu. moga-moga ada khabar gembira untuk Ummi Abah.. moga mereka tersenyum gembira..InsyaALLAH. 
 

Perbanyakkan istighfar dan selawat ye, moga-moga ditenangkan hati,da berlapang dada dgn apa jua yang telah ALLAH tetapkan ye.





notaMazs:doa ini juga untuk kalian yang bakal ambil result esok.:)

Sunday 16 March 2014

bila waktu terbaek untuk post entry??


Salam Alaik..

mukaddimah
hows going??? me?? biasa2 aja.. sebenarnya nak tanya uols ni. tengok korang rajin betol la up entry. bila korang curi masa ea?? haritu pernah jugak janji dgn diri sendiri update hari2 tapi janji tinggal janji bhai. hahaha. sebabnya Mazs tak taw bila boleh ngadap laptop.. tambah2 bila berbisness. ngadap smartfon or tab. kalo rajin blogwalking jap. tapi skrg kan ada instagram . So Mazs banyak focus  ctu sbb itu lubuk rezeki Mazs buat masa ini.. 

tiber2 nak update rutin buat masa ini. Buat masa ini ye..

Pagi : lepas subuh comfirm tdo.comfirm sangat... jarang lepas subuh tak tido sebab malam2 tdo pukul 2 3 pagi kan.. mmg pagi terpaksa amek energy cket. tapi tu tak bermakna Mazs tido sampai pukul 12 tgh hari. pkol 8.30 biasanya dah bangun ye.. kalau rajin pukul 8 bangun. tapi kalau mlm tu tdo pukul 12.comfirm esok pas subuh tak tdo. n bila bangun je terus cek whatsapp n reply order n cek instagram then mesti kemas rumah basuh baju buat itu ini. tak boleh focus bisnes semata2 jgk takot kena marah ngn umi.hahaha. So harus buat kerja rumah. + mandikan adik bongsu. WAJIB!  biasanya pukul 10 skip jap utk Solat Dhuha . da siap tu sambung balik buat kerja  mcm lipat kain. dlm pukul 12 setel. rehat jap. haaa tym ni baru start focus berbisnes. tapi tadi tym kalut buat keje sllu hp bunyi2. dats y lama mengemas sbb selalu stop kejap utk reply whatsapp. bukan merungut cuma nak bagitaw sebab musabab pagi sibuk ;)

Petang : tym2 gini batery energy Mazs slow cket.hehe. pantang terbaring mesti terlelap. So utk mengelakkan tertdo Mazs akan cek instagram n FB n chatting dgn customers. kalau ada citer bes tengok TV. tapi biasanya dok tulis order dlm buku..kemas rak.cek items.update tracking num  n habeskan masa dgn customers. ailuvit..hehe

Malam : pukul 9 lebih baru start focus bisnes balik sb sebelum tu Mazs menghabiskan masa di tikar sejadah..tym ni nak mengaji,nak mengadap ALLAH lelama. (bukan nak menunjuk cuma nak gtaw kenapa tym ni sllu reply lambat) . kdang2 tu tgah mengaji hp berbunyi2. tapi tahan je diri dari reply. n habeskan ngaji. bukan apa. Utk para peniaga. ingatlah rezeki di tangan Allah., maka yakinlah tak rugi dahulukan ALLAH dari mendahulukan pelanggan. jangan rasa reply lambat customer akan lari.  yakinlah ALLAH pemberi rezeki kan syg ;) so sorry la utk customer yg whatsapp tym tu. kite reply cuma lambat cket je. :) 
Da setel sume baru la kerje packing parcel..buat semua ni sampai siap tak kira lah pukul 2 3 pagi sbb esoknye pagi2 lagi kirim semua parcel kat abah. bila dy otw balik sekolah, dy akan singgah pejabat pos tuk buat pengeposan. * utk kes2 tertentu barulah mazs pos sendiri. hehe. so da siap smua bendE termasuk reply whatsapp terus tido..kalau larat barulah bukak blog. tapi kalau da bukak byk benda nak buat plak. nak BW, nak update. nak stalk org. eh?? hehehe. haaa so camne?? tu yang kadang2 tak berhapdate. 


SO.. BILA WAKTU YG TEPAT D BAIK UTK UPDATE BLOG???




berkenan kat semua ni eh?? sila ke INSTASHOP SURISCLOSET

murah-murah . lawa-lawa . 

ok la saya nak pergi berBW. jumpe lagi taw

notesMazs: PRAYforMH370


Thursday 13 March 2014

PUR Q ACTIVE KID BANTU KANAK-KANAK???

Salam alaik...
sebenarnya hampir sejam da bukak blog ni tapi still tataw nak tulis ape.. last2 baru terengat nak share satu produk ni dgn uols.. ini bukan ubat kurus ubat putih ke ape.ini untuk kanak2.jom,.. kenali ape itu PUR Q KIDS ADVANCE

Pur Q Active Kid’s Advance
Pur Q Active merupakan sejenis makanan tambahan bebentuk jeli lembut yang mudah disediakan dan sedap untuk dinikmati.Pastinya jeli lembut ini mudah untuk anak-anak memakannya daripada berbentuk cecair.Ini kerana ramai diantara kanak2 sukar menerima makanan tambahan berbentuk cecair yang mana mereka akan menganggap  cecair ini ubat dan pastinya tak sedap.Oleh itu, formulasi yang pertama di Malaysia ini berbentuk jeli lembut pastinya akan memudahkan anak-anak memakannya dan ia seakan gula-gula yang kanak-kanak gemari.
Dengan adanya formulasi baru ini dapat membantu anak-anak yang “lembab”, “malas” dan “degil” kepada mencapai tahap yang tinggi dari segi pemikiran meraka. Ini kerana formulasi Pur Q Active ini adalah merangsang otak anak-anak yang sukar untuk “menangkap” pelajaran yang diajar oleh cikgu di sekolah.

Bahan Utama Pur Q Active.
Terdapat 2 bahan utama di dalam Pur Q Active.
  1. Za’faran
  2. Garam Bukit.
Pur Q Active kid juga dibacakan dgn ayat2 ruqyah.. so ibu2 jangan letak merata ye.kot2 anak terpijak.tercampak..



ni testimoni yg mazs nak kongsikan



Kalau korang berminat terus whatsapp or sms : 014.5186219

RM 35 exclude postage.. 

p/s : terimakasih sudi singgah :)


Wednesday 12 March 2014

penting.. teruskan berDOA semua..#prayformh370


bismilaah..
salam alaik..

hmm jus  short entry tonite.. haritu mcm nak aktifkan berbelog..sekali bz dgn interview SPP. so harus la study banyak2 buat bekal.. nerves tak yah cakap babe.. nerves tahap berbisness pon tak boley. asik nak tdo je takuttt. eh tdo?? amendeee? hahaha. tapi tu la tataw nak cakap camne..

n semalam 11/3/2014 selesai sudah interview tersebut.. nanti mazs share ye soalan ape yg ditanya n bagaimana persediaan spnjang 3 minggu tu. next entry yer.



skrg kite semua tahu ttg isu kehilangan pesawat MAS MH370 .. so mazs nak nasihat cket la.. tak salah nak post ape-ape.. nak nasihat atau nak komplen pless jaga tuturkata. entah la.mungkin pendapat mazs.orang laen tak yah ikot pon takpe. cuma bagi maz jaga adab budibicara walaupon nak marah tahap meletopp. mazs pon pernah nak marah,kalo rasa tak puas hati ke ape nak carut sgt..carut dlm hati je la uols.. jangan sampai post kat fb.wechat.twitter.line, blog n so on.. pless. perkataan BOD** senang2 je kedengaran skg ni.. contohnya pasal bomoh tu. yes its khurafat. tapi tak yah la share n caption bod** or si** or beng***. bukan ape takot2 benda tu jadi kat kite balik.kat anak cucu kite ke. so kite berdoa la semoga ALLAH beri mereka hidayah. nak share tu bagus la tpi gunakan kata2 yg berhikmah.. haa lagi satu.. tak salah bile nak kaitkan dgn politik ke ape. smua org kan berhak komen n buat spekulasi sndri. boleh tapi jangan melampau n tak payah over acting sgt.. 

bagi mazs ape yg penting skrg ni kite same2 bersatu tak kira fahaman politik ke ape,teruskan berdoa dan solat hajat,. sbb kite tataw ia dirancang ke dihijack ke mmg ade kerosakan ke ape.. cuma satu peringatan mazs. orang kafir dan org2 yahudi tak pernah berhenti utk musnahkan umat islam.. tak boleh cara kasar,dorg pakai cara halus pecah belahkan kita. NAUZUBILLAH. so jangan tunjuk kebodohan kita. skrg ni banyak negara2 luar dok perhati kite. mintak doa ngn ALLAH banyak2 biar dia lindung kita.lindung negara kita dri sebarang ancaman.. haih takot pk..siyesly tak dpt tdo bila trengat..

jemput baca PESAWAT MH370 RED FLAG OR FALSE FLAG

bagi mazs tak penting penulis ini benar atau tidak. yang penting ia tak mustahil dan semua org tahu ia mmg akan terjadi suatu hari nanti kerana kita hampir kiamat.. jadi tugas kite berdoalah,. mintak dgn ALLAH lindung segalanya, sbb DIA sahajalah yg berkuasa ke atas sesuatu..

haih ni tak short,,panjang dah.. k.la mazs ada banyak kerja lagi..jangan lupa mintak dgn ALLAH banyak2 ye.jom kite umat islam bersatu.

                        

p/s : teirma kasih sudi singgah ;)