Monday 14 April 2014

mengapa makan pelbagai supplement tetap tak cantik,tak kurus??



Hari Sabtu 11 April , beberapa hari yang lepas kawan Mazs ade bagi jemputan ke Seminar K-LINK International bertempat di Kelantan Trade Centre KB. Act ni lah seminar kesihatan pertama yang Mazs join, yang pergi ddengan rela hati, bukan sebab dapat tiket free tapi sebab secara tiber-tiber ade kesedaran diri untuk tahu tahap kesihatan kita macam mana dan langkah-langkah yang patut diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Terima Kasih Cik Iffah untuk tiket free ni,hehehe





yang tudung merah ni kawan Mazs. di event ni jugak dy menerima anugerah .pin pingat penganugerahan Leader 'Partner Sejati' KLink International oleh Gold Leaders Club Crown Ambassador Dr Mohd Razali Aziz.

Tahniah Iffa. Sory la, mazs ni bukan jenis rajin sangat bergambar . so sampai2 je terus duduk. tak terasa nak berposing kat mana-mana pon walaupon pestaim jejak kaki bangunan KTC yang indah dan cantik ni.  inipon mintak cik Iffa wassap pic selfie dari fon dia. nak harapkan Mazs memang takde ar. segan hoiii.. Cik Iffa ni tinggi nya 17+ . Mazs 14+ . Malu hoi nak diri sebelah dia.hehehe. kalau korang tengok cik Iffa ni depan2 memang cantik. skin dy flawless amat oii. ini nasib lighting buat Mazs cam cerah cket dari dy. hehehe. tapi kalo berdiri sebelah2 nampak la dy mantain slim dari zaman sekolah menengah , Mazs pulak membesar 3 kali ganda.huhu.


berbalik kepada tajuk tadi.. Kite semua kebanyakan mengalami masalah berat badan berlebihan, kulit kusam berjerawat, lemak dihati, sakit jantung dan sebagainya lah. maka syukur alhamdulillah Iffa bawak mazs pergi program ni yang mana kita diberitahu secara khusus kenapa makan  macam2 tapi tak kurus.Sebenarnya bukan salah produk tapi badan kita yg bermasalah. Antara badan bertoksik, usus kotor, hati beracun. Kesannya seupplement yang dimakan tidak diserap dengan baik.Maka ade 3 proses penting sebelum kita nak start makan ape-ape supplement

1:- Cleansing : Mengeluarkan toksik yang menyebabkan penyakit
2 :- Balancing : penyeimbangan antara asid dan alkali dalam tubuh untuk memberi nutrisi lengkap yang diperlukan tubuh
3:- Activating :- mengembalikan fungsi tubuh dengan pengaktifan sel-sel supaya mampu menyerap segala nutrisi tubuh

Ketiga- tiga proses ini amat penting sebab kena buat setep by step. jangan gelojoh. macam mazs sendiri. ada masalah pada hati. iye tak dinafikan sebab Mazs kipas susah mati Instant food macam Maggi, Nugget, Sosej, Burger. percayalah dalam seminggu banyak kali amek Instant food uols. walaupon Mazs minum air masak berjumlah 2-3 liter sehari tetapi itu masih belum mencukupi untuk menyahkan segala toksik dari tubuh lebih-lebih lagi yang degil melekat dihati. sobsobsob. 

K-LINK ade pelbagai produk atau supplement untuk setiap organ yang bermasaalah. which is kalo uols bermasalah  di makan hati amek set AYULITE. masalah period pain amek itu. masalah ini amek ini. haaa banyak uols. siyes ly. terkejut taw tak sangka . bole rujuk OFFICIAL K-LINK . Banyak maklumat disana. nak explain satu-satu nan hado ler mazs pon pening nak explainnya. kekeke.

tapi dalam banyak2 yang menarik perhatian Mazs tentang K Liquid Chlorophyl. macam minum clorox plak bila dengar nama kan. hehehe. bancuh dalam air masak,. rasa macam cincau sikit-sikit. :) nak kurus cuci usus dulu ye. dasyat dorang habiskan 3 liter air hijau ni. hehehe.. harga pon tak mahal. below RM100 :)



Nak tahu lebih details ape kata ke FB IFFA RAZAK HEALTH & BEAUTY . Bole pm iffa n kalau berminat join la group whatsapp bersama Iffa. banyak perkongsian tentang kesihatan d kecantikan. 

Cik IFFA pesan kalau nak sihat cantik disiplinkan diri ye. Tepat jam 7.00pm wajib ambil seGALA SUPPLEMENT yang uols makan tak kira la ape2 produk. tapi disiplin amalkan sebelum makan malam jam 7 .00 pm.. itu adalah waktu terbaek untuk segala supplement tu diproses dalam badan sebelum kita tido jam 10 malam nanti.

Itu sahaja untuk kali ini. terima kasih daun keladi. sudi2 singgah lagi :)


iklan jap.. SURISCLOSET ade buat sale Rm49 sahaja untuk dress ini. dress laen pon sale banyak. jangan segan-segan. sila ke page SURISCLOSET OR instagram SURISCLOSET.

ATAU

WHATSAPP 014-5186219 :)



Sunday 13 April 2014

KEDAI RM 2 TERBAEKKK!!!

Salam Alaiyk... 

         Setelah lame terperuk entry ini..berjaya jugak mazs update. Act dekat dengan tempat Mazs ada buka kedai ECO RM2. selalu Mazs pergi kedai Rm2 ni kecil dan barang-barang tak banyak pilihan. selalu masuk kedai RM2 bila dah takde pilihan sangat. biasanya kedai rm2 yang mazs jumpe kecil,barang2 berhabuk  malahan kedai RM2 yang laen singboard atau kedai je nama RM2. bila masuk dalam semua above RM2. tapi Eco kedai RM2 ni memang semua RM2 betol..dan ia berbeza sangat sebab besar mcm ape ye supermarket kot..eh entah la.sebab yang mazs pegi ni betol2 besar.  selalu cam mini market. eh ke aku yang tak reti beza. hahaha pape la..

           Maka sebagai salah seorang pengguna yang sedikit bijak Mazs rasa tidak ada salahnya Mazs jejak kaki ke kedai ni. iyelah ade orang takkan jejak kaki kedai cam low class camni. huhuhu. yang tu depend masing2 la. bagi Mazs dalam keadaan barang2 naek harga tak salah memilih kedai. lagipon di Kedai RM2 ni barang yang dijual murah merupakan brand yang femes2. bukan cap dorang semata. sebab tu yang syok habess.  jadi kita kena pandai pilih. tak semua barang RM2 boleh ko rembat. contoh dulang RM2 cantik sangat dan murah tapi nipis. so tak beli sebab risau dulang kalau dalam tu dah letak air jug segala mau patah. Maka kualiti menjadi sangat penting disitu. So pandai-pandai pilih ye.

          korang bole rujuk sini.ECO SHOP RM2 dorang ada 49 branches semua.. phewwww. Chinese memang pandai meniaga kan.. tadi sempat google n kat bawah ni ade branches dorang di 2 lokasi berbeza. Mazs pergi di Tanah Merah n Wakaf Che Yeh tapi tak snap pon picnye sbb kalut kan.hehehe.. 

thanks cik BLOG CINTAMANISZLITE .lokasi  Kamunting

Thanks QPARADIGM.COM share pic ni,lokasi gagal dikenalpasti


               So agak besar kan..tagline pon best. Beli Sekali Pasti Kembali.. ye pasti sangat.hehe
Mazs nak share beberapa barang yang Mazs beli kat sana.

1) Sarung Lengan. mazs beli yang boleh masukkan jari, yang tak masukkan jari pon ade. Mazs rasa sesiapa yang pakai ni pon tahu kebiasaanya paling murah pon boleh dapat RM6. dan percayalah kualiti kain same dengan yang mazs pernah beli sebelum ni. Macam-macam warna ada taw. Pen Warna tu pulak adik Mazs punya. selalu sebatang sehinggit..sekarang 6 batang rm2.. Dik kalau ko tak rajin buat nota lagi tataw la kakak nak pujuk camne lagi.hehehe


 2) Ini semua barang budak-budak. Haritu pergi bawak adik.. memang histeria la dorang tengok mainan yang banyak dan murah tu. tapi itu la budak-budak ni. pegi la kedai mana pon belon air tu satu kewajipan.huuuu. pasghah ...  Salotape n bekas dy tu entah ape namenya Abah suruh ambik senang nak buat kerja sekolah. tapi dapat kat adik yang kecik 2 orang tu rajin la dia buat tampal2. geram betol . grrrrrrrrrr. bekas tutup tu buat isi minyak n mangkuk kecil tu buat isi jajan adik. err jajan?? yang penting bukan masakan panas la. sebab mangkuk tu murah, bahan kimia dalam tu pon ntah pape kot.huuu. beli supaya adik takde la rajin pecahkan mangkuk kaca umi tu.hehehe



 3) Penyangkut baju tu adik pilih nak letak dalam bilik dia. cantik kan? Pengepit rambut tu plak satu Mazs punya satu Umi punya. selalu rm2.50 ke atas untuk satu pengepit rambut tu. jadi kami pon laju-laju la grab walaupon dah ada sebenarnya. hehehe. haaa  asam plus tu harus la Mazs punya. pantang nampak orang jual ni. wajib beli.heeeee.


4) haaa ni part yang Umi n Mazs suke. tempat korang Mazs tataw berapa harganya tapi biskut Julies peanut butter tu fevret mazs selalu yang sebesar ini rm 2.60 or rm 2.90. kat cni semua Rm 2. tapi jangan la ko pegi sana mengharapkan dia jual RM2 untuk paket besar gedabak yang normal price RM belas2.. nan hado ler. hehehe. Eh Mazs hafal taw harga barang-barang yang Mazs suka n kedai mana  sebab senang nak survey harga kan. senang nak comparekan. ahhh pompuan semua gini kan? sebab tu kite perancang kewangan terbaekk. tiber*** hehe. haaa pengelap kaki kat belakang tu pon Umi sempat rembat.hahaha. tak kelakar pon. huuuu. Corntoz tu dy ade 2 paket taw.. bukan sepaket. so sayang tak beli.jadi marilah beli. heeee.


5) tu tagline dia Beli Sekali Pasti Kembali. eh lupa nak bagitaw korang banyak giler ikat rambut,cekak pengepit yang semuanya lawa giler2 taw. Sawan jap tengok semua tu.hahaha. haaa sarung kaki yang masuk lima2 ibu jari yang kalerpul pon banyak. siyes comel sangat..



 
OK. dah habes. itu antara barang-barang yang dibeli. kalau diikotkan banyak sangat lagi barang yang dijual nak tunjuk kat korang tapi tym pergi kedai tu sesak sangat. kedai besar tapi orang  bersesak2 sebab pegi weekend kan. memang dasyat. yang nak start berniaga bukak kedai makan lagi la beli barang sampai satu kaunter tu barang dia aje sebesar-besar alam. beli  tudung saji, baldi, teko air basuhan (sory tataw nama betol)  dan macam2 lagi. huhu. Dats y tak dapat nak snap pic banyak-banyak. tapi sempat la ternampak ruang kosong 5 saat terus suruh adik snap dan berlagak sebok. hahaha. 

Sekian sahaja. nak tidor dulu ye. gud nyte.. 

till we meet again ..muahhh



p/s: top chiffon fishtail from suriscloset