Morning uols..
Kali ni Maz nak review ciked tentang Borneo Cove Hotel di
Sandakan, Sabah.
Entry cuti-cuti Malaysia di sandakan nanti Maz publish.
Kenapa Maz ke sandakan sebenarnya Maz nak celebrate birthday
suami .
Kenapa destinasi tu Sandakan?? Sebab nya Maz tak pernah
sampai sini. Jadi ni celebrate birthday sape ni kan??birthday suami tapi
destinasi Maz tentukan. Hehe, kiranya 2 in 1 la.
Waktu nak pergi Sandakan ni,belum gaji kan. So maz tak dapat
la nak spent berhabis kat sini. Duit saving tu ada tapi mane leh kacaw saving
kan. And sebab ni nak celebrate birthday suami, maz cakap biar Maz tanggung
percutian kali ni n serahkan pada maz untuk check in hotel mane.Giteww.
Dua minggu jugak maz ambik masa survey hotel yang berpatutan
dengan bajet dan bole hias bilik dengan
cantik . kebanyakan yang maz survey hotel harga rm 150 –rm300. If nak buat
suprise birthday hias2 bilik bagai tu Maz kena add rm150. Ni rate kebanyakan
hotel2 tu mintak. Kira2 ala macam bazir lak sbb juz add belon,bunga2 kena bayar
rm150.
Sebagai rakyat marhaen biase,gigih la maz survey di website2
untuk dapatkan harga yang berpatutan. Tips nak survey hotel murah nanti maz
kongsikan ya. Selalu kita jumpa harga di website lebih murah berbanding walk
in. Taw tak hotel ni rezeki maz dapat harga lebih murah dari mana2 website. Rm 150
di website, tapi walk in rm118 . sila rajin2 call ya untuk tahu maklumat. Dan waktu
on the phone dengan Manager dorang. Sangat la peramah.. senang berurusan. Yang paling
bes hias2 bilik dengan kelopak bunga bagai tu FOC uols.
Rm 118 .00 maz bayar tanpa apa2 extra charges. Bilik boleh
tahan besar. Cuma maz minta baby cot tak dapat sebab baby cot dorang da uzur
katanya.Takpe Hasya Maryam bole tido ngan kami.hehe. . Harga ini jugak include bekfes untuk 2 orang.
Makanan yang dihidangkan time breakfast pon sedap2 dan banyak menunya. Sangat puas
hati hokey. Tak nyesal langsung.
Antara keistimewaan hotel ini ialah :
1)Hotel ala2 resort ok uols. 2 tingkat sahaja
dikelilingi dengan pokok2.
Lobi hotel luas. kat luar tu nampak pokok2 melambai |
2) Park kete depan bilik .
yang ni paling suami suka sebab tak payah jalan jauh2 bawak barang, kereta kita
selamat ,kita boleh jenguk2 je ikot tingkap nak tengok kete kita
3 3) Swimming pool . lokasi
betol2 terletak ditengah-tengah bangunan di hadapan cafe. Hasya maryam n ayah
dia ,lepas minum petang , breakfast dorang bantai terjun situ. Hamboi hamboi
seronok dorang. Hasya maryam tu dah la suka air. Gembira sangat sebab nampak suami dan anak
gembira dapat release tension dorang.
ala -ala resort |
bangunan yang nampak tu adalah restaurant hotel ni. |
4 4) Makanan & minuman di
cafe berpatutan. Maz request candle light dinner tanpa sebarang extra charges. Hidangan
ala carte rm12 per person. Tapi candle light dinner yang disediakan simple2 je
la. Makan tepi swimming pool. Sebab tu
FOC . takpe la syukur da . makanan pon not bad . maz siap request kek tulis2
sikit untuk suprisekan suami. Ni suprise kedua selepas suprise hiasan bilik
tadi. Hehe
nasi ikan tenggiri bakar |
nasi ikan asam pedas |
5 5)Kedudukan tidak jauh dari
bandar. 10 -15 min je.
Kekurangan :
1)
Tiada lift sebab bangunan 2
tingkat sahaja. So request awal2 kalau nak bilik bawah kay.
2)
Katil queen untuk honeymoon
suite macam kami . queen kecik la sikit untuk kami bertiga. Kalau nak bilik
biasa dapat katil king tapi keluasan bilik pulak kecik. Tapi takpe kami puas
hati sangat da dengan bilik ni
i request balloon tapi dorang cakap tkde,if nak dorang suh beli bagi dorang hias. FOC gak.tapi Maz mane de mase p cari balloon.. tapi hiasan camni pon ok dah |
bilik yang luas |
Hmmm tu je la bagi maz
kekurangannya. Tapi staf semua mesra
uols. Tak rugi datang sini uols . dengan harga tersebut dapat macam2. Selalu hotel yang ade swimming pool, include
breakfast susah nak dapat harga tu . ni maz bercakap tentang harga waktu cuti
sekolah ya. Harga cuti sekolah memang mahal sikit.
So uols kalau bukan cikgu bole
plan bercuti sewaktu bukan cuti. Biasanya dapat harga lebih murah.
Lagi satu ada 1 hotel tu sea
view, hotelnya cantik tapi takde swimming pool . so korang pikir dulu apa yang
korang nak buat di hotel dan tujuan bercuti. Macamm kami memang betol2 bercuti
takde shopping2 ya. Betol2 nak rehatkan minda n bawak Hasya main air puas2. So sebab
tu amek yang ada swimming pool. Hanya beberapa hotel je ada swimming pool di
Sandakan ni.
Alhamdulillah suprise menjadi dan
suami gembira. Hasya maryam gembira. Mommy lebih2 lagi gembira. Walaupun tak
mampu nak belanje suami hotel2 mewah macam orang lain. Tapi maz syukur sangat
da dapat buat macam ni untuk suami.
Selamat hari lahir suami
love,
mommy n baby
Ok bai.
6 comments:
Salam singgah dan follow sini :)
Siap angsa2 love2 atas katil. comei. hehe Farha IbuCergas Pengedar Set Bersalin SHaklee
Cantiknya....tempat dia...senang pulak nak park kete tu,senang nak punggah barang-barang haaa....
Eita Pengedar Vivix Shaklee & Pengedar Shaklee Malaysia
Not bad.. nampak selesa dan keadaan tenang :)
Murah tu harga macam tu dengan pool bagai :D
Post a Comment