Sunday 20 May 2018

FREE SAMPLE LAZZ SUSU KAMBINGGGG


FREE SAMPLE LAZZ SUSU KAMBING
HAI .haritu di insta Maz ada upload dapat free sample Lazz Susu Kambing.
So kali ni nak berkongsi dengan uols  cara dapatkan free sample Lazz Susu Kambing.
Firstly nak bagitahu,ini bukan paid review. Ini memang personal review dari Maz memandangkan Maz penggemar Lazz Susu Kambing sewaktu pregantkan Hasya Maryam .
Susu ape yang maz minum sepanjang pregnant nanti Maz kongsikan di entry lain.
Eh berbalik kepada LAZZ SUSU KAMBING. Ada banyak perisa tapi Maz sepanjang preggy hanya boleh  telan susu kurma je. Susu perisa lain Maz tak tahu la rasa macam mana.hehe.
Sebab itu la maz request free sample Lazz Susu Kambing untuk cuba perisa lain.



KOD SKK untuk Susu Kambing Kurma
KOD SKA untuk Susu Kambing Choco

Terima kasih untuk LSK sebab bagi sample2 free ni. So maz boleh try ok ke tak dengan tekak ni.
Alhamdulillah. Sedap sangat hokey.
SKK memang terbukti sedap,enak. SKA festaim cuba terus jatuh hati. Lepas ni Maz tak segan silu lagi nak beli susu kambing LAZZ perisa coklat.
Seperti yang semua sedia maklum susu kambing banyak khasiatnya. Untuk Maz alhamdulillah khasiat yang paling beri kesan pada Maz ialah sebagai milk booster terbaik terutama perisa kurma..korang kalau rajin  bole je buat susu kurma tu sendiri, tapi maz tak kose la nak buat bagai. Bagus beli yang instant camni. Jimat masa.
Harap maaf gambar ihsan google je, time nak post ni tengok2 takde da gambar maz sendiri. so soryyy.

Ok. Korang google jer cara dapatkan free sample lazz. Lepastu korang isi form yang dia mintak dan tunggu. J

Terima Kasih sudi baca.

Tuesday 15 May 2018

NIAT DIHATI KURUS DENGAN LEPTOS


Haluuu Haluu uols. ade lagi ke orang. Maz sapu sawang jap. hehe. brhabuk tapi iols still gemar menulis. 

maz sibuk dengan urusan seharian duniawi ni. hmm

sibuk dengan urusan sebagai ibu da isteri. sibuk dengan urusan kerja yang tak pernah habes. sibuk sebagai bisness woman hokay.

hahaha. iols aktif berniaga sbb tu bz jugak.

macam2 nak promote ni. antaranya ialah leptos ni. nanti la i buat entry khusus kay. nak beli bole roger maz. whatsapp sahaja 0145186219.

masih setia jual baju baby dan kasut baby dari dulu. hehe
haaa ni dia leptos. terbaik. i loike.

k. cepat oder sebab nak kurus dalam tempoh sebulan.

Cuti - Cuti Malaysia Sandakan 2017

Kalini nak update throbek cuti cuti Malaysia di Sandakan.  woi delay  hampir setahun entry ni. ampunn.
Tujuan ke sini sebab nak celebrate birthday suami n Maz tak pernah datang sini . suami pernah datang dolu- dolu.so maz nak jugak pusing satu sabah sebelum balik semenanjung.
Suami setuju je maz pilih nak datang sini. Kami memilih untuk bercuti 3d2n sahaja =)
Sandakan bandar kedua terbesar di sabah.  Mungkin kalau kita berbicara tentang sabah, orang akan highlight KK,Kundasang, Semporna. Kan??
So sebab tempat2 tersebut da pernah pergi , Maz decide datang sini.

DAY 1
Kami bergerak dari tawau jam 1 petang dan sampai jam 7 petang. Tym sampai tu da malam kan. Tapi malam masih muda. Tapi bandar  Sandakan sunyi sepi. Seram jap. Haha.  Untuk malam pertama Maz ambik hotel City View. 
Sebab dah sampai malam, masing2 kepenatan, kami check in dan dinner di restaurant hotel tersebut. Tak keluar p mane2 pon. 

DAY 2
Esoknya pagi2 sekali lagi kami decide untuk breakfast di hotel tu jugak. Malas la nak cari kedai makan yang bes.. selepas breakfast ,check out. Lokasi pertama kami tuju ialah .

1)      AGNES KEITH HOUSE.  Tahu kewujudan tempat ni pon sebab tengok MATDAN KAKI JALAN.hehe. katanya ada tea House area sini tapi kami tak pergi minum pon sebab eksaited menuju ke lokasi ke 2. Nak masuk dalam rumah ni fee rm2 je uols tapi kami macam malas tetiber nak masuk. Sekadar pusing2 di luar , bergambar .  kedudukan tak jauh pon dari pusat bandar.





2)      TAMAN BUAYA . haaa orang dok citer buaya sini besar2, pe lagi datang nak tengok bawak Hasya Maryam. Konon2 dak kecik ni paham. Padahal makpak eksaited lebih. Dulu takde anak tak rasa nak datang tempat camni. Srkg memang saje nak dtg sini. Bayaran rm5 dewasa. Bayi free. Kanak2 tak pasti. Lupa plak nak tengok. Hehe. Yang besnye kita bukan sekadar tengok buaya tapi ada pelbagai binatang.  Mcm mini zoo la pulak.










                Lepas kepenatan tengok buaya jam menunjukkan jam11. Nak cek in next hotel jam 12 . so masing2 terpandang kete kotor giler. Terus waze cari car wash. Lupa plak nak snap ape nama car wash tu .tapi puas hati servis camtu  sebab ade bilik berecon, ade cafe jugak tepi car wash.
Sambil2 tu kami mencuba rojak ayam. Sedap dan murah.  Cuci pon bagus. Berkilat dan tahan. Car wash tu recommended. Tapi ala maz lupa nama  car wash tu.huhu

Da siap cuci kete terus ke Borneo cove hotel. Bole baca review tentang hotel di entry lepas kay.
Selepas  check in, kami rehat2 sejukkan badan,kuar p cari makan jap. Taknak review restaurant ape sebab tak sedap.hahaha. plan nya nak menuju ke tempat orang utan tu. Tengok jam da jam 3 lebih lepas habis makan. Dari hotel ke situ dalam setengah jam jugak. Cuaca lak hujan2 gerimis, tapi suami cakap pergi je la walaupon da tutup. Sampai2 da  tutup da. Orang berpusu2 keluar. Takpe plan besok pagi kami datang sebelum balik tawau.

So kami patah balik menuju ke Sandakan Harbour.   Tkde shopping ape pon sini, cuci mata cari pelampung untuk Hasya sebab plan nak mandi swimming pool di Borneo cove hotel. Tapi takde plak pelampung yang kami nak tu. Huhu pastu terus balik hotel dan bawak Hasya Maryam mandi manda.
Malam pulak kami  candle light dinner  di hotel je. Lepas tu p jumpa kawan2 reunion jap. Tapi tak lama pon sebab baby da merengek nak tido padahal baru 9.30. huhu. Dekat pukol 10 terus balik hotel dan zzz.

Day 3
                                   
Selepas breakfast, mandi2 kasi puas baby di pool, jam 9 terus check out menuju ke Sepilok Orang Utan Rehabilitian center. Rugi la uols datang sandakan tak datang sini. Bukak jam 9. Kami sampai terlambat sikit jam 9.30. Ya Allah ramainya orang. Siap ada datang ngan bus. Al maklum cuti sekolah kan.  Lepas tu bayar tiket dan masuk. Ikot je arah yang diberi. Sepanjang perjalanan nasib kami tak berapa baik Orang utan taknak memunculkan diri. Ade 1 tu kami nampak tapi dy tengah tido atas pokok. Huhu. Apepon nasib baik sekarang pihak pengurusan bina Tempat bagi Makan Orang Utan. So kita boleh saksikan dari dalam bilik yang disediakan. Boleh tengok dorang panjat dan cara team dorang bagi orang utan tu makan. Suami cakap dulu2 dia datang takde pon benda tu. Mungkin tempat ni diwujudkan supaya kita dapat tengok Orang Utan. Rugila kan bayar tiket tapi tak dapat tengok ape..

2)Poala Bear Centre

Kedudukan dia bersebelahan Orang utan tu .ingatkan masuk free rupanya kena bayar jugak. Hahha. Adehh maz masuk tandas pon bayar takkan ni nak tengok beruang free2. Kami memilih untuk masuk jugak sbb beruang tu sentiasa ada. Tak payah nak bergantung luck bagai. Tapi bernasib baik jugak la kami sebab masuk2 tym dorang bagi makan beruang so dapat tengok la caraa bagi makan,bagi makan ape.  Tapi da penat kan jalan banyak since dari tadi kat tempat orang Utan.  Hari pon da panas. Dalam jam 12 camtuu..Kami pon keluar p cafe yang disediakan beli air sejukkan badan pastu terus keluaar dan balik. Sebab kalau bole nak sampai tawau sebelum malam.

Ada satu lagi tempat tengok monyet belanda ke ape name dy  iaitu Labuk Bay. Tapi kami tak singgah pon sebab da nak balik cepat2.

So itu je la percutian 3D2N kami di sana.
Maaf tak dapat nak suggest tempat makan yang menarik memandangkan kami bukan hunting makanan tym tu. Kami betol2 inginkan percutian yang tenangkan jiwa. maaf tiada banyak gambar untuk dipamerkan. sebab lebih gemar menyimpan gambar untuk koleksi sendiri. hehe. blogger ape ntah iols ni. hehe

Jumlah Keseluruhan sepanjang 3D2N di Sandakan :

HOTEL CITY VIEW           = RM60
HOTEL BORNEO COVE   = RM118
CANDLE LIGHT DINNER  = RM32
MINYAK KETE                  =RM180
MAKAN2 3D2N               =RM150
LAIN2                              = RM50

Bagi MAZ ni sangat jimat sebab kami tak berbelanja pon disana. Makan pon jimat sebab hari last breakfast termasuk dalam pakej. Tang minyak kete tak leh watpe la sebab kami kan jalan jauh dari Tawau. Plus kete kami agakkkk makan minyak.hoho.


Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat bercuti =)
Terima kasih sudi baca.