Tuesday 3 October 2017

REVIEW BORNE0 COVE HOTEL (SUPRISE BIRTHDAY HUSBAND)


Morning uols..

Kali ni Maz nak review ciked tentang Borneo Cove Hotel di Sandakan, Sabah.
Entry cuti-cuti Malaysia di sandakan nanti Maz publish.

Kenapa Maz ke sandakan sebenarnya Maz nak celebrate birthday suami .
Kenapa destinasi tu Sandakan?? Sebab nya Maz tak pernah sampai sini. Jadi ni celebrate birthday sape ni kan??birthday suami tapi destinasi Maz tentukan. Hehe, kiranya 2 in 1 la. 

Waktu nak pergi Sandakan ni,belum gaji kan. So maz tak dapat la nak spent berhabis kat sini. Duit saving tu ada tapi mane leh kacaw saving kan. And sebab ni nak celebrate birthday suami, maz cakap biar Maz tanggung percutian kali ni n serahkan pada maz untuk check in hotel mane.Giteww.

Dua minggu jugak maz ambik masa survey hotel yang berpatutan dengan bajet dan bole  hias bilik dengan cantik . kebanyakan yang maz survey hotel harga rm 150 –rm300. If nak buat suprise birthday hias2 bilik bagai tu Maz kena add rm150. Ni rate kebanyakan hotel2 tu mintak. Kira2 ala macam bazir lak sbb juz add belon,bunga2 kena bayar rm150.

Sebagai rakyat marhaen biase,gigih la maz survey di website2 untuk dapatkan harga yang berpatutan. Tips nak survey hotel murah nanti maz kongsikan ya. Selalu kita jumpa harga di website lebih murah berbanding walk in. Taw tak hotel ni rezeki maz dapat harga lebih murah dari mana2 website. Rm 150 di website, tapi walk in rm118 . sila rajin2 call ya untuk tahu maklumat. Dan waktu on the phone dengan Manager dorang. Sangat la peramah.. senang berurusan. Yang paling bes hias2 bilik dengan kelopak bunga bagai tu FOC uols.
Rm 118 .00 maz bayar tanpa apa2 extra charges. Bilik boleh tahan besar. Cuma maz minta baby cot tak dapat sebab baby cot dorang da uzur katanya.Takpe Hasya Maryam bole tido ngan kami.hehe. .  Harga ini jugak include bekfes untuk 2 orang. Makanan yang dihidangkan time breakfast pon sedap2 dan banyak menunya. Sangat puas hati hokey. Tak nyesal langsung.

Antara keistimewaan hotel ini ialah :

1)Hotel  ala2 resort ok uols. 2 tingkat sahaja dikelilingi dengan pokok2.  

Lobi hotel luas. kat luar tu nampak pokok2 melambai

       2) Park kete depan bilik . yang ni paling suami suka sebab tak payah jalan jauh2 bawak barang, kereta kita selamat ,kita boleh jenguk2 je ikot tingkap nak tengok kete kita



3  3)  Swimming pool . lokasi betol2 terletak ditengah-tengah bangunan di hadapan cafe. Hasya maryam n ayah dia ,lepas minum petang , breakfast dorang bantai terjun situ. Hamboi hamboi seronok dorang. Hasya maryam tu dah la suka air.  Gembira sangat sebab nampak suami dan anak gembira dapat release tension dorang.

ala -ala resort



bangunan yang nampak tu adalah restaurant hotel ni.



4  4)  Makanan & minuman di cafe berpatutan. Maz request candle light dinner tanpa sebarang extra charges. Hidangan ala carte rm12 per person. Tapi candle light dinner yang disediakan simple2 je la. Makan tepi swimming pool.  Sebab tu FOC . takpe la syukur da . makanan pon not bad . maz siap request kek tulis2 sikit untuk suprisekan suami. Ni suprise kedua selepas suprise hiasan bilik tadi. Hehe

nasi ikan tenggiri bakar

nasi ikan asam pedas

5  5)Kedudukan tidak jauh dari bandar. 10 -15 min je.

Kekurangan :
1)      Tiada lift sebab bangunan 2 tingkat sahaja. So request awal2 kalau nak bilik bawah kay.
2)      Katil queen untuk honeymoon suite macam kami . queen kecik la sikit untuk kami bertiga. Kalau nak bilik biasa dapat katil king tapi keluasan bilik pulak kecik. Tapi takpe kami puas hati sangat da dengan bilik ni

i request balloon tapi dorang cakap tkde,if nak dorang suh beli bagi dorang hias. FOC gak.tapi Maz mane de mase p cari balloon.. tapi hiasan camni pon ok dah

bilik yang luas 




Hmmm tu je la bagi maz kekurangannya.  Tapi staf semua mesra uols. Tak rugi datang sini uols . dengan harga tersebut dapat macam2.  Selalu hotel yang ade swimming pool, include breakfast susah nak dapat harga tu . ni maz bercakap tentang harga waktu cuti sekolah ya. Harga cuti sekolah memang mahal sikit.
So uols kalau bukan cikgu bole plan bercuti sewaktu bukan cuti. Biasanya dapat harga lebih murah.

Lagi satu ada 1 hotel tu sea view, hotelnya cantik tapi takde swimming pool . so korang pikir dulu apa yang korang nak buat di hotel dan tujuan bercuti. Macamm kami memang betol2 bercuti takde shopping2 ya. Betol2 nak rehatkan minda n bawak Hasya main air puas2. So sebab tu amek yang ada swimming pool. Hanya beberapa hotel je ada swimming pool di Sandakan ni.

Alhamdulillah suprise menjadi dan suami gembira. Hasya maryam gembira. Mommy lebih2 lagi gembira. Walaupun tak mampu nak belanje suami hotel2 mewah macam orang lain. Tapi maz syukur sangat da dapat buat macam ni  untuk suami.


Selamat hari lahir suami
love,
mommy n baby 

Ok bai.

Thursday 7 September 2017

Alhamdulillah. Semua terasa Lengkap.


Hai uols...rase macam lame giler da hutang entry kawin i. Sekarang da ade anak sorang pon.Hahaha
Biasela. Blogger sendu memang cenggini. Lagipon hutang tak hutang ada yang kesah ke?? =p


Diringkaskan cerita.

Awal september 2015 mula berkenalan dengan bakal suami ( sekarang of cos da jadi suami)
Seminggu kemudian decide untuk hubungan serius. Si dia call minta izin mak nya dan call abah saya minta izin jugak untuk kahwin. Keluarga setuju cuma keluarga masing2 meminta kami bersua muka dulu. Yelah tak pernah bersua muka takkan terus setuju kahwin. Oh ye lupa bagitahu kami berkenalan melalui orang tengah.  Selepas persetujuan saya, kawan saya bagi nombor pada suami.
Maka tibalah hari yang dipersetujui untuk jumpa. Keluar makan dekat2 rumah Maz je. Ditemani housemate Maz 2 orang. Malu2 miaw mula2 jumpa. Si dia lagi lah malu sebab dia sorang je kumbang.hehe.  date makan malam tu takde perbualan yang serius pon. Hanya makan dan sekadar nak tengok muka masing2.

Pastu balik alhamdulillah masing2 menyatakan hasrat setuju untuk ke proses seterusnya. Terus si dia bagitahu ibu bapa kami. 2 minggu lepas tu kami ikat tali pertunangan. Tapi waktu tu saya kerja macam biasa di tawau. Si dia bersama keluarga jauh datang dari Ipoh bertemu keluarga saya. Cincin tanda ikatan pon emak mertua serahkan pada umi saya . saya dupdapdupdap di sekolah.
Kemudian kami membuat persiapakan perkahwinan jarak jauh. Kebanyakan urusan diserahkan 80% kepada keluarga kami memandangkan maz dan suami dua2 di Tawau.


Dugaan sepanjang nak kawin takde ke?? Hello nak buat benda baik memang setan suka kacaw taw n Allah pon saje uji kita banyak2 supaya kita  semakin bersedia dengan tanggungjawab yang lebih berat. Biarlah kami sahaja taw dugaan tu.


Berbalik cerita tadi, hujung november cuti sekolah terus Maz balik dan buat persiapan perkahwinan. Baki 3 minggu sebelum majlis, memang sangat sibuk, baju baru nak decide.hehe. pelamin pon ambik yang ala kadar je. Majlis kami biasa2 sahaja.

Alhamdulillah tanggal 13 December 2015 kami selamat disatukan sebagai suami isteri yang halal dan sah. Alhamdulillah. Banyak nikmat yang Allah bagi yang kita sendiri tak sangka.
Bercinta selepas berkahwin tu memang indah. 
Sekarang usia perkahwinan kami da masuk ke tahun kedua.

Mohon doakan Allah pelihara hubungan ini hingga ke Jannah. Alhamdulillah sekarang hidup kami berseri dengan kehadiran qurratu ain Hasya Maryam.

Alhamdulillah

Tepek la gambar kami bertiga sekeping =)



Terima kasih sudi baca .

COME BACK!!



wehhh lame giler tak bersiaran since 2015.
hahahha
tapi entry yang dah siap di draft banyak aje.

will share satu persatu ye.

=)