Thursday 7 September 2017

Alhamdulillah. Semua terasa Lengkap.


Hai uols...rase macam lame giler da hutang entry kawin i. Sekarang da ade anak sorang pon.Hahaha
Biasela. Blogger sendu memang cenggini. Lagipon hutang tak hutang ada yang kesah ke?? =p


Diringkaskan cerita.

Awal september 2015 mula berkenalan dengan bakal suami ( sekarang of cos da jadi suami)
Seminggu kemudian decide untuk hubungan serius. Si dia call minta izin mak nya dan call abah saya minta izin jugak untuk kahwin. Keluarga setuju cuma keluarga masing2 meminta kami bersua muka dulu. Yelah tak pernah bersua muka takkan terus setuju kahwin. Oh ye lupa bagitahu kami berkenalan melalui orang tengah.  Selepas persetujuan saya, kawan saya bagi nombor pada suami.
Maka tibalah hari yang dipersetujui untuk jumpa. Keluar makan dekat2 rumah Maz je. Ditemani housemate Maz 2 orang. Malu2 miaw mula2 jumpa. Si dia lagi lah malu sebab dia sorang je kumbang.hehe.  date makan malam tu takde perbualan yang serius pon. Hanya makan dan sekadar nak tengok muka masing2.

Pastu balik alhamdulillah masing2 menyatakan hasrat setuju untuk ke proses seterusnya. Terus si dia bagitahu ibu bapa kami. 2 minggu lepas tu kami ikat tali pertunangan. Tapi waktu tu saya kerja macam biasa di tawau. Si dia bersama keluarga jauh datang dari Ipoh bertemu keluarga saya. Cincin tanda ikatan pon emak mertua serahkan pada umi saya . saya dupdapdupdap di sekolah.
Kemudian kami membuat persiapakan perkahwinan jarak jauh. Kebanyakan urusan diserahkan 80% kepada keluarga kami memandangkan maz dan suami dua2 di Tawau.


Dugaan sepanjang nak kawin takde ke?? Hello nak buat benda baik memang setan suka kacaw taw n Allah pon saje uji kita banyak2 supaya kita  semakin bersedia dengan tanggungjawab yang lebih berat. Biarlah kami sahaja taw dugaan tu.


Berbalik cerita tadi, hujung november cuti sekolah terus Maz balik dan buat persiapan perkahwinan. Baki 3 minggu sebelum majlis, memang sangat sibuk, baju baru nak decide.hehe. pelamin pon ambik yang ala kadar je. Majlis kami biasa2 sahaja.

Alhamdulillah tanggal 13 December 2015 kami selamat disatukan sebagai suami isteri yang halal dan sah. Alhamdulillah. Banyak nikmat yang Allah bagi yang kita sendiri tak sangka.
Bercinta selepas berkahwin tu memang indah. 
Sekarang usia perkahwinan kami da masuk ke tahun kedua.

Mohon doakan Allah pelihara hubungan ini hingga ke Jannah. Alhamdulillah sekarang hidup kami berseri dengan kehadiran qurratu ain Hasya Maryam.

Alhamdulillah

Tepek la gambar kami bertiga sekeping =)



Terima kasih sudi baca .

1 comment:

Cheta Eita said...

Alhamdullilah...syukur sekarang dah bertiga kan....

Produk Putihkan Kulit Yang Berkesan Dan Selamat