Sunday, 20 May 2018

FREE SAMPLE LAZZ SUSU KAMBINGGGG


FREE SAMPLE LAZZ SUSU KAMBING
HAI .haritu di insta Maz ada upload dapat free sample Lazz Susu Kambing.
So kali ni nak berkongsi dengan uols  cara dapatkan free sample Lazz Susu Kambing.
Firstly nak bagitahu,ini bukan paid review. Ini memang personal review dari Maz memandangkan Maz penggemar Lazz Susu Kambing sewaktu pregantkan Hasya Maryam .
Susu ape yang maz minum sepanjang pregnant nanti Maz kongsikan di entry lain.
Eh berbalik kepada LAZZ SUSU KAMBING. Ada banyak perisa tapi Maz sepanjang preggy hanya boleh  telan susu kurma je. Susu perisa lain Maz tak tahu la rasa macam mana.hehe.
Sebab itu la maz request free sample Lazz Susu Kambing untuk cuba perisa lain.



KOD SKK untuk Susu Kambing Kurma
KOD SKA untuk Susu Kambing Choco

Terima kasih untuk LSK sebab bagi sample2 free ni. So maz boleh try ok ke tak dengan tekak ni.
Alhamdulillah. Sedap sangat hokey.
SKK memang terbukti sedap,enak. SKA festaim cuba terus jatuh hati. Lepas ni Maz tak segan silu lagi nak beli susu kambing LAZZ perisa coklat.
Seperti yang semua sedia maklum susu kambing banyak khasiatnya. Untuk Maz alhamdulillah khasiat yang paling beri kesan pada Maz ialah sebagai milk booster terbaik terutama perisa kurma..korang kalau rajin  bole je buat susu kurma tu sendiri, tapi maz tak kose la nak buat bagai. Bagus beli yang instant camni. Jimat masa.
Harap maaf gambar ihsan google je, time nak post ni tengok2 takde da gambar maz sendiri. so soryyy.

Ok. Korang google jer cara dapatkan free sample lazz. Lepastu korang isi form yang dia mintak dan tunggu. J

Terima Kasih sudi baca.

Tuesday, 15 May 2018

NIAT DIHATI KURUS DENGAN LEPTOS


Haluuu Haluu uols. ade lagi ke orang. Maz sapu sawang jap. hehe. brhabuk tapi iols still gemar menulis. 

maz sibuk dengan urusan seharian duniawi ni. hmm

sibuk dengan urusan sebagai ibu da isteri. sibuk dengan urusan kerja yang tak pernah habes. sibuk sebagai bisness woman hokay.

hahaha. iols aktif berniaga sbb tu bz jugak.

macam2 nak promote ni. antaranya ialah leptos ni. nanti la i buat entry khusus kay. nak beli bole roger maz. whatsapp sahaja 0145186219.

masih setia jual baju baby dan kasut baby dari dulu. hehe
haaa ni dia leptos. terbaik. i loike.

k. cepat oder sebab nak kurus dalam tempoh sebulan.

Cuti - Cuti Malaysia Sandakan 2017

Kalini nak update throbek cuti cuti Malaysia di Sandakan.  woi delay  hampir setahun entry ni. ampunn.
Tujuan ke sini sebab nak celebrate birthday suami n Maz tak pernah datang sini . suami pernah datang dolu- dolu.so maz nak jugak pusing satu sabah sebelum balik semenanjung.
Suami setuju je maz pilih nak datang sini. Kami memilih untuk bercuti 3d2n sahaja =)
Sandakan bandar kedua terbesar di sabah.  Mungkin kalau kita berbicara tentang sabah, orang akan highlight KK,Kundasang, Semporna. Kan??
So sebab tempat2 tersebut da pernah pergi , Maz decide datang sini.

DAY 1
Kami bergerak dari tawau jam 1 petang dan sampai jam 7 petang. Tym sampai tu da malam kan. Tapi malam masih muda. Tapi bandar  Sandakan sunyi sepi. Seram jap. Haha.  Untuk malam pertama Maz ambik hotel City View. 
Sebab dah sampai malam, masing2 kepenatan, kami check in dan dinner di restaurant hotel tersebut. Tak keluar p mane2 pon. 

DAY 2
Esoknya pagi2 sekali lagi kami decide untuk breakfast di hotel tu jugak. Malas la nak cari kedai makan yang bes.. selepas breakfast ,check out. Lokasi pertama kami tuju ialah .

1)      AGNES KEITH HOUSE.  Tahu kewujudan tempat ni pon sebab tengok MATDAN KAKI JALAN.hehe. katanya ada tea House area sini tapi kami tak pergi minum pon sebab eksaited menuju ke lokasi ke 2. Nak masuk dalam rumah ni fee rm2 je uols tapi kami macam malas tetiber nak masuk. Sekadar pusing2 di luar , bergambar .  kedudukan tak jauh pon dari pusat bandar.





2)      TAMAN BUAYA . haaa orang dok citer buaya sini besar2, pe lagi datang nak tengok bawak Hasya Maryam. Konon2 dak kecik ni paham. Padahal makpak eksaited lebih. Dulu takde anak tak rasa nak datang tempat camni. Srkg memang saje nak dtg sini. Bayaran rm5 dewasa. Bayi free. Kanak2 tak pasti. Lupa plak nak tengok. Hehe. Yang besnye kita bukan sekadar tengok buaya tapi ada pelbagai binatang.  Mcm mini zoo la pulak.










                Lepas kepenatan tengok buaya jam menunjukkan jam11. Nak cek in next hotel jam 12 . so masing2 terpandang kete kotor giler. Terus waze cari car wash. Lupa plak nak snap ape nama car wash tu .tapi puas hati servis camtu  sebab ade bilik berecon, ade cafe jugak tepi car wash.
Sambil2 tu kami mencuba rojak ayam. Sedap dan murah.  Cuci pon bagus. Berkilat dan tahan. Car wash tu recommended. Tapi ala maz lupa nama  car wash tu.huhu

Da siap cuci kete terus ke Borneo cove hotel. Bole baca review tentang hotel di entry lepas kay.
Selepas  check in, kami rehat2 sejukkan badan,kuar p cari makan jap. Taknak review restaurant ape sebab tak sedap.hahaha. plan nya nak menuju ke tempat orang utan tu. Tengok jam da jam 3 lebih lepas habis makan. Dari hotel ke situ dalam setengah jam jugak. Cuaca lak hujan2 gerimis, tapi suami cakap pergi je la walaupon da tutup. Sampai2 da  tutup da. Orang berpusu2 keluar. Takpe plan besok pagi kami datang sebelum balik tawau.

So kami patah balik menuju ke Sandakan Harbour.   Tkde shopping ape pon sini, cuci mata cari pelampung untuk Hasya sebab plan nak mandi swimming pool di Borneo cove hotel. Tapi takde plak pelampung yang kami nak tu. Huhu pastu terus balik hotel dan bawak Hasya Maryam mandi manda.
Malam pulak kami  candle light dinner  di hotel je. Lepas tu p jumpa kawan2 reunion jap. Tapi tak lama pon sebab baby da merengek nak tido padahal baru 9.30. huhu. Dekat pukol 10 terus balik hotel dan zzz.

Day 3
                                   
Selepas breakfast, mandi2 kasi puas baby di pool, jam 9 terus check out menuju ke Sepilok Orang Utan Rehabilitian center. Rugi la uols datang sandakan tak datang sini. Bukak jam 9. Kami sampai terlambat sikit jam 9.30. Ya Allah ramainya orang. Siap ada datang ngan bus. Al maklum cuti sekolah kan.  Lepas tu bayar tiket dan masuk. Ikot je arah yang diberi. Sepanjang perjalanan nasib kami tak berapa baik Orang utan taknak memunculkan diri. Ade 1 tu kami nampak tapi dy tengah tido atas pokok. Huhu. Apepon nasib baik sekarang pihak pengurusan bina Tempat bagi Makan Orang Utan. So kita boleh saksikan dari dalam bilik yang disediakan. Boleh tengok dorang panjat dan cara team dorang bagi orang utan tu makan. Suami cakap dulu2 dia datang takde pon benda tu. Mungkin tempat ni diwujudkan supaya kita dapat tengok Orang Utan. Rugila kan bayar tiket tapi tak dapat tengok ape..

2)Poala Bear Centre

Kedudukan dia bersebelahan Orang utan tu .ingatkan masuk free rupanya kena bayar jugak. Hahha. Adehh maz masuk tandas pon bayar takkan ni nak tengok beruang free2. Kami memilih untuk masuk jugak sbb beruang tu sentiasa ada. Tak payah nak bergantung luck bagai. Tapi bernasib baik jugak la kami sebab masuk2 tym dorang bagi makan beruang so dapat tengok la caraa bagi makan,bagi makan ape.  Tapi da penat kan jalan banyak since dari tadi kat tempat orang Utan.  Hari pon da panas. Dalam jam 12 camtuu..Kami pon keluar p cafe yang disediakan beli air sejukkan badan pastu terus keluaar dan balik. Sebab kalau bole nak sampai tawau sebelum malam.

Ada satu lagi tempat tengok monyet belanda ke ape name dy  iaitu Labuk Bay. Tapi kami tak singgah pon sebab da nak balik cepat2.

So itu je la percutian 3D2N kami di sana.
Maaf tak dapat nak suggest tempat makan yang menarik memandangkan kami bukan hunting makanan tym tu. Kami betol2 inginkan percutian yang tenangkan jiwa. maaf tiada banyak gambar untuk dipamerkan. sebab lebih gemar menyimpan gambar untuk koleksi sendiri. hehe. blogger ape ntah iols ni. hehe

Jumlah Keseluruhan sepanjang 3D2N di Sandakan :

HOTEL CITY VIEW           = RM60
HOTEL BORNEO COVE   = RM118
CANDLE LIGHT DINNER  = RM32
MINYAK KETE                  =RM180
MAKAN2 3D2N               =RM150
LAIN2                              = RM50

Bagi MAZ ni sangat jimat sebab kami tak berbelanja pon disana. Makan pon jimat sebab hari last breakfast termasuk dalam pakej. Tang minyak kete tak leh watpe la sebab kami kan jalan jauh dari Tawau. Plus kete kami agakkkk makan minyak.hoho.


Semoga bermanfaat untuk semua dan selamat bercuti =)
Terima kasih sudi baca.

Tuesday, 3 October 2017

REVIEW BORNE0 COVE HOTEL (SUPRISE BIRTHDAY HUSBAND)


Morning uols..

Kali ni Maz nak review ciked tentang Borneo Cove Hotel di Sandakan, Sabah.
Entry cuti-cuti Malaysia di sandakan nanti Maz publish.

Kenapa Maz ke sandakan sebenarnya Maz nak celebrate birthday suami .
Kenapa destinasi tu Sandakan?? Sebab nya Maz tak pernah sampai sini. Jadi ni celebrate birthday sape ni kan??birthday suami tapi destinasi Maz tentukan. Hehe, kiranya 2 in 1 la. 

Waktu nak pergi Sandakan ni,belum gaji kan. So maz tak dapat la nak spent berhabis kat sini. Duit saving tu ada tapi mane leh kacaw saving kan. And sebab ni nak celebrate birthday suami, maz cakap biar Maz tanggung percutian kali ni n serahkan pada maz untuk check in hotel mane.Giteww.

Dua minggu jugak maz ambik masa survey hotel yang berpatutan dengan bajet dan bole  hias bilik dengan cantik . kebanyakan yang maz survey hotel harga rm 150 –rm300. If nak buat suprise birthday hias2 bilik bagai tu Maz kena add rm150. Ni rate kebanyakan hotel2 tu mintak. Kira2 ala macam bazir lak sbb juz add belon,bunga2 kena bayar rm150.

Sebagai rakyat marhaen biase,gigih la maz survey di website2 untuk dapatkan harga yang berpatutan. Tips nak survey hotel murah nanti maz kongsikan ya. Selalu kita jumpa harga di website lebih murah berbanding walk in. Taw tak hotel ni rezeki maz dapat harga lebih murah dari mana2 website. Rm 150 di website, tapi walk in rm118 . sila rajin2 call ya untuk tahu maklumat. Dan waktu on the phone dengan Manager dorang. Sangat la peramah.. senang berurusan. Yang paling bes hias2 bilik dengan kelopak bunga bagai tu FOC uols.
Rm 118 .00 maz bayar tanpa apa2 extra charges. Bilik boleh tahan besar. Cuma maz minta baby cot tak dapat sebab baby cot dorang da uzur katanya.Takpe Hasya Maryam bole tido ngan kami.hehe. .  Harga ini jugak include bekfes untuk 2 orang. Makanan yang dihidangkan time breakfast pon sedap2 dan banyak menunya. Sangat puas hati hokey. Tak nyesal langsung.

Antara keistimewaan hotel ini ialah :

1)Hotel  ala2 resort ok uols. 2 tingkat sahaja dikelilingi dengan pokok2.  

Lobi hotel luas. kat luar tu nampak pokok2 melambai

       2) Park kete depan bilik . yang ni paling suami suka sebab tak payah jalan jauh2 bawak barang, kereta kita selamat ,kita boleh jenguk2 je ikot tingkap nak tengok kete kita



3  3)  Swimming pool . lokasi betol2 terletak ditengah-tengah bangunan di hadapan cafe. Hasya maryam n ayah dia ,lepas minum petang , breakfast dorang bantai terjun situ. Hamboi hamboi seronok dorang. Hasya maryam tu dah la suka air.  Gembira sangat sebab nampak suami dan anak gembira dapat release tension dorang.

ala -ala resort



bangunan yang nampak tu adalah restaurant hotel ni.



4  4)  Makanan & minuman di cafe berpatutan. Maz request candle light dinner tanpa sebarang extra charges. Hidangan ala carte rm12 per person. Tapi candle light dinner yang disediakan simple2 je la. Makan tepi swimming pool.  Sebab tu FOC . takpe la syukur da . makanan pon not bad . maz siap request kek tulis2 sikit untuk suprisekan suami. Ni suprise kedua selepas suprise hiasan bilik tadi. Hehe

nasi ikan tenggiri bakar

nasi ikan asam pedas

5  5)Kedudukan tidak jauh dari bandar. 10 -15 min je.

Kekurangan :
1)      Tiada lift sebab bangunan 2 tingkat sahaja. So request awal2 kalau nak bilik bawah kay.
2)      Katil queen untuk honeymoon suite macam kami . queen kecik la sikit untuk kami bertiga. Kalau nak bilik biasa dapat katil king tapi keluasan bilik pulak kecik. Tapi takpe kami puas hati sangat da dengan bilik ni

i request balloon tapi dorang cakap tkde,if nak dorang suh beli bagi dorang hias. FOC gak.tapi Maz mane de mase p cari balloon.. tapi hiasan camni pon ok dah

bilik yang luas 




Hmmm tu je la bagi maz kekurangannya.  Tapi staf semua mesra uols. Tak rugi datang sini uols . dengan harga tersebut dapat macam2.  Selalu hotel yang ade swimming pool, include breakfast susah nak dapat harga tu . ni maz bercakap tentang harga waktu cuti sekolah ya. Harga cuti sekolah memang mahal sikit.
So uols kalau bukan cikgu bole plan bercuti sewaktu bukan cuti. Biasanya dapat harga lebih murah.

Lagi satu ada 1 hotel tu sea view, hotelnya cantik tapi takde swimming pool . so korang pikir dulu apa yang korang nak buat di hotel dan tujuan bercuti. Macamm kami memang betol2 bercuti takde shopping2 ya. Betol2 nak rehatkan minda n bawak Hasya main air puas2. So sebab tu amek yang ada swimming pool. Hanya beberapa hotel je ada swimming pool di Sandakan ni.

Alhamdulillah suprise menjadi dan suami gembira. Hasya maryam gembira. Mommy lebih2 lagi gembira. Walaupun tak mampu nak belanje suami hotel2 mewah macam orang lain. Tapi maz syukur sangat da dapat buat macam ni  untuk suami.


Selamat hari lahir suami
love,
mommy n baby 

Ok bai.

Thursday, 7 September 2017

Alhamdulillah. Semua terasa Lengkap.


Hai uols...rase macam lame giler da hutang entry kawin i. Sekarang da ade anak sorang pon.Hahaha
Biasela. Blogger sendu memang cenggini. Lagipon hutang tak hutang ada yang kesah ke?? =p


Diringkaskan cerita.

Awal september 2015 mula berkenalan dengan bakal suami ( sekarang of cos da jadi suami)
Seminggu kemudian decide untuk hubungan serius. Si dia call minta izin mak nya dan call abah saya minta izin jugak untuk kahwin. Keluarga setuju cuma keluarga masing2 meminta kami bersua muka dulu. Yelah tak pernah bersua muka takkan terus setuju kahwin. Oh ye lupa bagitahu kami berkenalan melalui orang tengah.  Selepas persetujuan saya, kawan saya bagi nombor pada suami.
Maka tibalah hari yang dipersetujui untuk jumpa. Keluar makan dekat2 rumah Maz je. Ditemani housemate Maz 2 orang. Malu2 miaw mula2 jumpa. Si dia lagi lah malu sebab dia sorang je kumbang.hehe.  date makan malam tu takde perbualan yang serius pon. Hanya makan dan sekadar nak tengok muka masing2.

Pastu balik alhamdulillah masing2 menyatakan hasrat setuju untuk ke proses seterusnya. Terus si dia bagitahu ibu bapa kami. 2 minggu lepas tu kami ikat tali pertunangan. Tapi waktu tu saya kerja macam biasa di tawau. Si dia bersama keluarga jauh datang dari Ipoh bertemu keluarga saya. Cincin tanda ikatan pon emak mertua serahkan pada umi saya . saya dupdapdupdap di sekolah.
Kemudian kami membuat persiapakan perkahwinan jarak jauh. Kebanyakan urusan diserahkan 80% kepada keluarga kami memandangkan maz dan suami dua2 di Tawau.


Dugaan sepanjang nak kawin takde ke?? Hello nak buat benda baik memang setan suka kacaw taw n Allah pon saje uji kita banyak2 supaya kita  semakin bersedia dengan tanggungjawab yang lebih berat. Biarlah kami sahaja taw dugaan tu.


Berbalik cerita tadi, hujung november cuti sekolah terus Maz balik dan buat persiapan perkahwinan. Baki 3 minggu sebelum majlis, memang sangat sibuk, baju baru nak decide.hehe. pelamin pon ambik yang ala kadar je. Majlis kami biasa2 sahaja.

Alhamdulillah tanggal 13 December 2015 kami selamat disatukan sebagai suami isteri yang halal dan sah. Alhamdulillah. Banyak nikmat yang Allah bagi yang kita sendiri tak sangka.
Bercinta selepas berkahwin tu memang indah. 
Sekarang usia perkahwinan kami da masuk ke tahun kedua.

Mohon doakan Allah pelihara hubungan ini hingga ke Jannah. Alhamdulillah sekarang hidup kami berseri dengan kehadiran qurratu ain Hasya Maryam.

Alhamdulillah

Tepek la gambar kami bertiga sekeping =)



Terima kasih sudi baca .

COME BACK!!



wehhh lame giler tak bersiaran since 2015.
hahahha
tapi entry yang dah siap di draft banyak aje.

will share satu persatu ye.

=)

Saturday, 4 April 2015

MazsJebat di Pasar Gantung, Tawau

Hi guys...
            Semalam weols, me, (Mazs)  bersama-sama housemates @ workmates jalan -jalan di Pasar Gantung.. untuk dorang first time sebab baru posting. Untuk Mazs dah banyak kali jugak datang sini. tapi selalu takde la shopping banyak. Maz suka datang sini sebab gila shopping baju kelawar atau orang-orang Tawau ni panggil baju Pari-pari. kekekkke. so comels kan.

            Kelainannya kali ni, kami pergi dengan Pak Cik Sinreng dan Mak Cik Maryana. dorang ni pengusaha kantin kat sekolah tu. Ohsem kan dorang. tetiber rasa macam dorang ni keluarga kami. Pergi dengan kami sebab nak tolong kami tawar barang2 dengan harga yang murah.. al maklum,kalau takat nak suruh bunyi sabah kami tambah " bha " jer. tapi yang laen loghat bunyi Qelate lagi..terus kantoi bukan orang Sabah bhaaa. hehe. 
Time ni Huda tengah syok pilih brooch. Kami share 1 papan RM120.. ada 12. so rm 10 satu dapat. hmmm macam mahal je rasanya.. tapi dy brooch yg kalau beli satu2 dapat rege RM 20-25.. yang penting MUTIARA.

Pilih jangan tak pilih. Adik ni baek explain satu2 brooch yg kami ambil tu ori ke tak sebab kami campur design.
di belakang Huda tu pesen kedai sama macam ni, sekeliling orang jual Mutiara ;)

selain brooch ada jual gelang2 mutiara tapi Mas tak beli pon sebab tak berkenan.
eh terima kasih kat penjual tu bagi kami free 2 biji keychain 

yg lelaki baju biru tu Pakcik Sinreng. dy tolong Haslina tawarkan baju batik indon yg nak diberi utk lakinya.

dah habis shopping,sebelah tu ade kedai makan. Makcik Mary belanje kami Kepak ayam bakar dan minum2 air Nyor.
 siyes sgt sedap tapi cicahnya sedikit pedas bagi Mas.
dalam gambar ni ada 1 pnggan je. tak sampai 5 minit ada sepinggan lagi sampai. kami berempat makan 20 ketul ayam.
Pakcik juz makan 2 ketul.. sekarang kau fikir cemna perut kami habiskan ini.. kenyang sampai ke malam beb..



SOry gambar tak banyak sebab khusyuk ngatt membeli belah kan. malas nak kuarkan tab ni. barang2 yang dibeli pon malas nak snap. 


Mazs cuma beli  :-


* sehelai kain batik untuk Umi,
* sehelai baju kelawar untuk Nenek,
* sehelai baju kelawar untuk Mas. Pastikan jenama Monalisa. berbaloi2, kain tebal, tak panas,tak kecut,
      tak turun warna dan cun.
* sehelai kain pelikat cap Gajah Duduk Asia untuk Abah. harga tulis ade tu RM 58. Tawar punya tawar dpt RM 23 T_T
* 5 set brooch untuk makcik2 dan adik
* 3 ketul fridge magnet untuk rumah sendiri dan macik pacik


huaaa. banyak dah tu kot membeli untuk hari itu, Pasar Gantung ni tak jauh pon dari rumah sewa Mas di Tawau ni, Kalau korang datang Tawau singgahla Pasar Gantung. tawar banyak2 taw.. kalau nak shopping baju2 indon berkualiti boleh la datang sini. tapi pandai-pandai la. Kadang2 banyak jugak benda2 lain di semenanjung lagi murah..

thanks for reading ;)
 

Kejohanan Balapan & Padang SMK Kalabakan 2015


Hi...
Memory tab out of space.. i hev no ideas selain dari tulis blog, upload here. keep it here.. sonang.. malas nak transfer masuk hard disk. hehehe.

Last week my school telah melaksanakan Kejohanan Balapan & Padang 2015. dalam bahasa yang mudah Hari Sukan.. start from 30 Mac until 1 April.. dalam event ni me bertindak as juruhebah. So sepanjang sebulan latihan before event I kebanyakan tak buat apa2 sebab tidak diberi rumah sukan oleh S/U sukan. Dia paham coz hari sukan tiga-tiga hari tu mmg I tercongok je bawah khemah..

Selalu jdi MC tapi ini pengalaman pertama jadi DJ......kot. hehehe. For me. I am FAILED! sebab saya memang tak tahu bagaimana nak hidupkan suasana sepanjang event. Saya cuma tahu baca skrip dan bercakap ikot apa yang orang suruh.. T_T

At first, terkejut jugak sebab dorang bagi tugas ini. sebenarnya nak tolak tapi terkedu pulak lidah ni. Betol-betol takot dan tak ready untuk cakap banyak secara spontan. Tugas yg nampak ringan tapi berat sebenarnya... Kalau tak percaya ambil Mic, duduk dan bercakap.. Oh its not EASY beb!!!

Gigil memula tu.hahaha. Sampai asik kena tegur sebab mahal sangat suara.. apa boleh buat.. Saya memang tak pandai n maluuu. agagaga. pemalu sangat taw.

but Alhamdulillah I did it well Day 3 sebagai MC majlis penutup. ni bukan pujian just puas hati dgn diri sendiri sebab tak gabra lebey tapi kena improve banyak lagi..sangat banyak..

Here, I wanna share somes photos... 

Day 1 : Sukantara


Day 2 : Pertandingan antara rumah2 Sukan

Day 1: cuba cari mana saya? kekeke

Day 3: Rumah Sukan Terbaik : Rumah Hijau.

Day 3 : melawat rumah Biru. saje malas edit biar korang nampak muka hangus ku ini

Day 3: keluarga kecik kami :)



Itu serba sedikit yang saya nak kongsikan dengan uols.. Kalau la ada sape yang perasan entry dulu-dulu Mas ade up tentang skin muka Mas dulu dan skrg.. Hampir setahun lebih taw nak dapatkan kulit cerah. Alhamdulillah tetapi gara2 sukan ni punah hancur semuanya dalam masa 3 hari uols T_T

Nak selfie pon takde mud. malu.

sekarang tengah usaha untuk jadikan muka ke tona asal.. gitew. kalau jadi Mas share hokey :)

toodles !

p/s : tadi booked flight ticket Air Asia. RM 102.25 included GST T_T

Tuesday, 17 February 2015

Welcome Back Mazs.hehehe


Hye uols... krik krik.... Ade la dekat setahun tak hapdatee kan.  7/8 bulan gitewww. Memang dasatt tahap kemalasan Mazs. Nak kata sebok melampau tak jugak. Cuma mungkin takde mood, pffft lama sangat hilang mood.hahaha. Ntahla mungkin mmg rasa MALAS. itu je kot..

Tujuan kali ni menulis balik sebab dalam hati berkobar-kobar nak cerita pasal banjir besah di Kelate pada Disember yang lalu.. tapi saya da tulis elok2 di entry seterusnya.. sebab malam ni kira malam pembukaan sempena tahun baru 2015, jadi buat citer pendek-pendek dah la.. kira warm up. esok lusa tulat rajin ler kot Mazs hapdate..hehehe.

Korang engat tak mende kat bawah ni??



Mende ni da lama kan, tahun lepas lagi kan.. tapi sebab Mazs nak motivasikan diri sendiri dengan rajin menulis Mazs rasa nak aplikasi kan pada Mac nanti. ok jugak kan? hehe. Ahh biar la korang cakap da basi.. Mazs cuma nak suruh diri sendiri rajin menulis balik jer. hehehe.

Sebelum ni diam tapi selalu je blogwalking.. 

Ini adalah senarai blog yang Mazs wajib baca...

ikot rangking taw. hehehe.

2 ) Sepet
3 ) EllyIrfan

haaaa. why 8? bukan 10?? mmm ntah. memang itu je pon kalo Mazs berblogwalking.. tapi kalau ada masa semua Mazs akan baca. hehehe. yg top3 tu yang kira wajib gak ar.. ada tu Mazs baca, tapi Mazs tak suka perangai dorang. tapi gaya penulisannya bes. jadi kita tertarik nak baca.. lepas baca blog dorang, mesti tanam azam dalam hati nak rajin menulis, last2 sendu berlagu pilu..hahahha.

ok la. Till Then... korang, support kite taw supaya rajin balik,huwaaa. kbai

Assalamualaikum..